Bahagianya rasakan pepetang yang mulia ni sambil2 termenung nak masak update blog plak.. hihi..
saya sebenarnya dah lama tak aktif berbelog ni.. lepas pindah dari satu agensi saya terus stop berbloging ditambah dengan kesibukan tugas sebagai mak-mak orang dan jugak isteri dan juga usahawanita yang sibuk.. cewahhh..
apa2 pon kene bersyukur dengan kehidupan yang dianugerahkan sekarangkan.. walaupun sebenarnya kita kene keje lebih keras lagi untuk apa impian yang nak kita capai..
Sibuk dengan Butik LittleNik's lagi.. sibuk dengan urusan buaian berandoi lagi.. hmm.. badan ni kalau boleh di belah2 lah kan mmg dah lama kene belah dah. Belah dua ke belah tiga ke.. belah mana yang patut.. :)
So.. 1st entry ni saya nak cerita pasal buaian berandoi.. penah dengar ke pasal buaian berandoi? saya dan adik serta sepupu sepapat mmg sgt biasa dengan buaian berandoi ni. Allahyarhamah mak saya lahirnya di Segamat johor tapi dibesarkan di Kampung Bukit Kerdas, Negeri Sembilan.. kat kampung saya selalu je tengok majlis berandoi ni di jalankan.. hihi..
Jom nak share pasal majlis berandoi ni.. pada sesapa yang nak tempah buaian berandoi tu boleh la emel pada saya : cahayababy@gmail.com. Pakej yang kami tawarkan adalah antara yang terendah ABAD ini... :))
Tahukah anda, berendoi
adalah satu kesenian berunsur Islam. Untuk melaksanakan upacara ini, tiga atau
empat orang akan berdikir atau menyanyi dengan irama berendoi dalam upacara
bercukur seorang bayi yang berusia tujuh hari. Biasanya buaian akan dihiasi
indah. Bayi yang dicukur rambutnya akan diletakkan didalam buaian, dan mulalah
nyanyian berendoi yang sarat dengan bait lirik yang memuji
Rasullullah.
Ketika adat
berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket
atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri
kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan ketika upacara berlangsung. Ketika itu
juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.
Pada
hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi
nama dan adat cukur rambut. Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini
dan boleh ditonton kebanyakannya di Perlis, Kedah, Selangor dan Perak. Di
Perak, nyanyian berendoi menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan
senikatanya berlainan dengan senikata yang dibawa kumpulan Berendoi di Perlis
dan Kedah.
Adat berendoi
atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran
menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu Berendoi atau Dendang Siti
Fatimah membawa senikata yang memuji junjungan Nabi Muhammad saw,
menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak, selain juga
nasihat kepada kanak-kanak.
Ada juga
senikata yang dicipta kumpulan ini disesuaikan mengikut keadaan semasa. Antara
lagu yang sering didendangkan pada majlis berendoi ialah Tuhan
Rabbul'alamin, Anak Dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahayamata,
Kebesaran Allah dan Aduhai Anak Jangan Durhaka.
Antara
liriknya, "Ayuhai anak didalam buaian, Pejamkan mata jangan tangiskan, Lagu
Berendoi kami dendangkan, Di dalam majlis tanda kesyukuran ... Lamalah sudah
kami menanti, Namun engkau tak kunjung tiba, Dengan takdir Ilahi rabbi, Kini
engkau sudah menjelma."
Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 24 Ogos 2008,
oleh Suzan Ahmad)
No comments:
Post a Comment